Masa , Ilmu dan Kita

Assalamualaikum Warahmatullah.
Alhamdulillahi Rabbil Aalamin. Salawatullahi Wasalamu Ala Rasulihil Karim. Wa Ba’du.
Akhirnya kita sudah tiba di penghujung tahun 2011. Seperti baru kelmarin rasanya menyambut tahun baru 2011. Tetapi inilah sunnatullah yang akan berlaku dimana masa terus berjalan tanpa berhenti. Sebab itulah wajar untuk kita memperhatikan betapa Allah swt bersumpah dengan masa. Demi Masa, Demi Fajr, Demi Dhuha, Demi Malam dan seterusnya. Allah swt telah memperingatkan kepada kita tentang masa dalam surah yang sering kita baca seusainya kita selesai sesuatu majlis iaitu surah al-Asr yang bermaksud:
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
[103:1-3]

Surah Makkiyah ini ringkas dengan 3 ayat sahaja tetapi maksudnya sangat signifikan. Ia menyentuh semua manusia. Tetapi pengecualian hanya kepada 4 golongan sahaja. Mentadabbur ayat-ayat al-Quran yang menyentuh perihal masa sepatutnya menjadikan kita sentiasa sedar dan berhati-hati dalam membuat keputusan dan mengisi masa. Pelbagai ukuran yang berorientasikan Kitabullah dan Sunnah Nabi saw harus dilihat agar foundation kita dalam menghabiskan masa hidupnya kita ini mempunyai nilai iman dan taqwa. Nilai-nilai yang berisikan ketaatan kepada perkataan Allah dan Rasul serta tidak tunduk dan taat melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasul-Nya. Apa yang penting masa selalu diunjurkan sebagai factor penentu kepada seseorang dimana gagalnya kita menggunakan masa sebaik mungkin akan membawa kepada kecairan kualiti seorang manusia. Nabi saw juga pernah bersabda dalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah yg berbunyi:
2 perkara yang selalu dilalaikan oleh manusia iaitu waktu yang lapang dan juga nikmat sihat.
[HR Bukhari]

Persoalannya apabila kita terbaca atau terlihat perkataan taat kepada Allah seringkali ada syaitan-syaitan yang suka memalingkan kita daripada mendalami apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut. Inilah talbis iblis dalam kehidupan kita sebagai Muslim. Ibnul Jauzi menukilkan dalam bukunya Talbis Iblis ataupun Belitan Iblis, Talbis Iblis ini hakikatnya membawa manusia lari daripada titik tolak yang ditetapkan oleh agama. Ia berlaku kepada siapa sahaja samada manusia itu orang awam ataupun mereka yang berilmu. Inilah yang sedang berlaku di Malaysia dimana biasa dilihat ada golongan yang berpakaian seolah-olah menutup aurat tetapi hakikatnya pakaian itu dikenakan semata-mata bertitik tolak daripada trend atau fashion. Inilah ruginya kita mengambil agama dalam keadaan taqlid. Semata-mata mengikut tanpa mengetahui illah dan hikmah tentang sesuatu urusan. Penerangan agama diabaikan seolah-olah kita sudah mempunyai status kefaqihan yang menyamai para sahabah ataupun ahli ilmu yang lain. Inilah ruginya apabila umat ini menjadi umat terbiar yang jauh daripada memahami Kitabullah dan Sunnah Rasulullah saw. Hal ini sebenarnya berbalik kepada diri sendiri terlebih dahulu. Dalam zaman yang canggih ini terdapat pelbagai saluran yang berintikan islam. Di youtube sahaja terdapat ratusan ribu slot-slot yang membawakan penerangan hal agama untuk kita tadah sebagai orang yang sedang belajar. Ambillah ilmu daripada mereka yang faqih bukan mereka yang mubtadi’ ataupun pembawa muhdats. Mereka yang menyampaikan kefahaman agama mengikut disiplin ilmu salafus soleh bukan semata-mata mereka yang menjadi ahli ra’yi yang membahaskan agama mengikut logic akal semata. Barangsiapa berkata tentang al-Quran dengan ra’yunya, padahal benar maka sesungguhnya ia telah berbuat kesalahan. (HR At-Tirmidzi dan Abu Daud) Kerana Allah swt sendiri menyebutkan tentang perkara ghaib dalam al-Quran. Terkadang penafsiran al-Quran tidak dapat difahami kerana keadaan sesuatu zaman. Zaman setelah ketetapan Allah berjalan kita dapat melihat betapa banyak perkara-perkara dalam al-Quran yang tidak dapat difahami atau dibuktikan oleh generasi terdahulu dapat difahami pada masa sekarang melalui teknologi.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa Sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
[41:53]

Ilmu Yang Menghidupkan

Umat Muhammad saw di didik dengan tarbiyah dan asuhan. Allah mengutuskan Jibril as untuk mentarbiyah rasulullah saw supaya membawa agama ini seperti mana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudiannya Rasulullah saw mentarbiah pula golongan manusia yang beriman yang terdiri daripada generasi sahabah radiallahuanhum ajmain. Kemudian golongan yang kemudian iaitu tabiin dan sterusnya atbaut tabiin. Oleh itu untuk menjadi seorang Muslim yang memahami agama perlulah kita memberikan masa dan ruang kepada diri sendiri untuk memahami agama.

Muawiyah b Abi Sufyan ra meriwayatkan dari Nabi saw:
Apabila Allah berkehendakkan kebaikan ke atas hambaNya maka difaqihkannya dalam urusan agama.
(HR At-Thabrani)

Ini kerana apabila seseorang itu faqih maka pastinya ia faham. Orang yang faham agama tidak akan melakukan pengkhianatan terhadap Allah kerana mereka mempunyai nilai Khasyyatullah iaitu takut kepada Allah.

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.
[35:28:]

Sesungguhnya kalian dapat melihat bahawa terdapat tauqiq yakni kata penguat iaitu Innama yang merupakan kata penegasan daripada Allah bahawa sebenarnya yang benar-benar takut kepadaNya ialah para ulama (mereka yang berilmu).

Perkataan ulama ini merujuk kepada orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah. (Tafsir Al-Muyassar, Syeikh Salih Bin Abdul Aziz Al-Sheikh)
Sudah jelas dan terang kepada kita bahawa golongan yang signifikan sumbangannya kepada Dunia Islam adalah mereka yang menegakkan ilmu dalam kehidupan mereka. Samada mereka ahli fiqh Islam ataupun ahli Sains tulen, jasa mereka kepada dunia Islam telah tercatat dalam sejarah dunia. Dan penghormatan kepada mereka ditonjolkan oleh dunia Barat seperti yang terlihat di Eropah dimana nama-nama mereka seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Al-Jabar, Al-Khawarizmi dan Ibn Hazm dijadikan rujukan dalam penyelidikan mereka pada masa yang lepas. Merekalah yang mencerahkan dunia Islam dengan kesungguhan ilmu dan Khasyyatullah yang mereka miliki. Kita mengetahui bahawa Imam Ahmad terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara apabila Khalifah Mu’tasim memaksanya mengatakan bahawa al-Quran itu adalah makhluk Allah. Imam Ahmad didera secara brutal oleh kerajaan Mu’tasim atas ketegasannya mengatakan Al-Quran itu Kalam Allah. Subhanallah andai tidak ada Khassyatullah kenapa Imam Ahmad b Hanbal rahimahullah memaksa dirinya untuk diseksa oleh khalifah?

Realiti Malaysia Pada Hari Ini Dari Sudut Budaya Ilmu

Saya memerhatikan di sini budaya ilmu tidak kuat. Jangan kita membandingkan keadaan kita dengan zaman Andalus atau Baghdad. Bandingkan dulu dengan Indonesia kemudian barulah kita sedar bahawa kita sebenarnya jauh daripada suasana dan semangat ilmu. Sebab itulah berlaku kepincangan demi kepincangan dalam Negara pada hari ini. Ada manusia yang merasakan demonstrasi merupakan cara terbaik untuk mengubah Malaysia padahal didalamnya terdapat banyak syubhah yang akhirnya menyebabkan keadaan luar kawalan. Dalam rancangan TV pula pengaruh ahli pelawak Negara mencuri perhatian audiens dikalangan orang Islam dalam Negara kita. Mereka membuatkan kita ketawa dengan lawak bodoh mereka dan kita yang sebenarnya mempunyai latar belakang akademik yang tinggi pun terpengaruh disebabkan ianya sensasi dan menggelikan hati. Geli hati sebenarnya tidak membawa kita mampu menandingi jiran sebelah kita Singapore dalam urusan ekonomi mahupun politik. Masa dan addiction kita terhadap rancangan bodoh dlm TV menyebabkan kita berada dlm comfort zon yg berbahaya dimana kita akan sentiasa berfikiran dunia Islam tiada masalah dan masalah tidak melanda dunia islam. Inilah goal yang disetkan oleh musuh Allah supaya kita tidak bersiap siaga untuk apa-apa unpredicted emergency. Tahniah kepada pelawak-pelawak yang bersungguh dan beria-ria untuk menggeli hatikan orang Malaysia. Dan saya berkeyakinan majority penonton untuk siri-siri lawak di TV adalah orang islam. Tak dapat dinafikan lagi kerana medium conversation pada saat pertandingan lawak itu berjalan adalah bahasa Melayu. Mana ada Cina atau India dalam Negara kita yang teringin benar untuk mengikuti rancangan tersebut. Jadi akhirnya yang rugi adalah diri sendiri dan agama kita.

Sepatutnya dengan majority Islam dalam Negara kita yang mencecah 55% daripada penduduk Malaysia dapat membawa mereka mengenal Islam sebagai agama yang memberikan rahmat dalam kehidupan mereka. Tetapi sayangnya apabila aktiviti keilmuan dan program intelektual dikesampingkan dan dipandang sinis, maka kita pada akhirnya terpaksa menjadi suatu bangsa yang bodoh yang tidak tahu makna tamadun dan pesimis terhadap ilmu. Maka yang akan menjadi ikut-ikutan bagi orang kebanyakan adalah para artis yang sebahagian besarnya mereka yang bukan ahli ilmu. Dan media dalam Negara kita pula bila nak bertanyakan pendapat tentang sesuatu isu mereka pergi bertanya artis. What the story man? Bernilaikah pandangan mereka untuk suatu urusan yang besar dalam masyarakat dan Negara? Even seorang politician pun sebenarnya belum tentu layak untuk memberikan pendapat tentang urusan agama apakan pula seorang artis lebih-lebih lagi ahli lawak! Akhirnya ada jugak mereka yang tiada ilmu tetapi mahu bercakap tentang hukum Islam dan Hudud. Maka menjadilah mereka golongan selekeh yang bercakap tentang urusan orang ramai sepertimana yang disifatkan oleh Nabi saw tentang golongan Ruwaibidhah.

KRitikal
We need to be critical as soon as we prepare to do so! Malu sebenarnya apabila budaya ilmu tidak dikedepankan oleh mereka yang mempunyai kuasa dalam Negara. Tamadun Barat telah Berjaya membangunkan bangsa mereka daripada Dark Age kepada suatu zaman dimana wilayah mereka menjadi tempat/hub kepada aktiviti keilmuan, teknologi dan penyelidikan oleh seluruh dunia termasuklah dunia Islam. Lihatlah bagaiman Oxford sebuah Bandar Intelektual berkembang daripada sebuah university kepada bandaraya university. Lihatlah bagaimana orang Barat dan YAhudi yang tidak beriman kepada Allah dan Rasulpun tahu bagaimana untuk menghargai ilmu dan menyedari peranan ilmu dalam membinan sebuah masyarakat dan tamadun. Saya mengkritik sekeras-kerasnya dasar agensi kerajaan yang terlibat dalam dunia media dan penyiaran Negara yang membiarkan rancangan yang tidak bertamadun berleluasa dalam Negara sehingga membodohkan masyarakat kita dengan pelbagai lawak dan jenaka yang tidak memberikan manfaat kepada urusan dunia orang Islam apatah lagi urusan akhirat. Masa orang Islam terbuang begitu sahaja padahal dalam masa yang sama kita mengecam gejala murtad dan buang bayi dalam Negara kita. Kita tidak suka Singapura mempermainkan ruang udara Negara kita tetapi dalam masa yang sama kita hanyalah watak static yang hanya melihat pelbagai bentuk rancangan TV yang memundurkan pemikiran kita mendapat sambutan anak-anak muda. Anak-anak muda ini hakikatnya perlu dibangunkan bukan untuk disia-siakan umur dan tenaga muda mereka.

Inilah antara perkara yang wajar untuk kita fikirkan sebagai orang beriman. Beriman kepada Allah bukan sekadar melakukan ibadah khusus tetapi juga menuntut kita untuk mengambil tahu urusan orang Islam yang lain supaya tertegakknya amar makruf yang luas dalam dunia Islam dan akhirnya perkara mungkar mengecut dan tidak lagi menjadi pilihan orang Islam.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Saya Rindu Zaman Itu

Setelah lebih kurang sebulan selesai SPM pada 2004, saya pun terima surat dari UTP utk Foundation Engineering Program. Pertengahan Januari saya pun menjejakkan kaki utk pertama kali di situ. Pada waktu itu UTP masih giat under construction tak seindah UTP hari ini. Saya berjumpa ramai kenalan baru dan alhamdulillah masih lagi berhubung sampai sekarang sebahagiannya. Namun, apa yang saya terngiang hingga sekarang ialah sebuah kumpulan pelajar senior UTP yg banyak menziarahi kami ketika tahun foundation.

Mereka menziarahi seluruh blok asrama v5 old spt semarang, duyung dan baram. Mereka membuat tayangan video tentang palestin dan dunia Islam kpd junior2. Mereka mengadakan majlis ta’lim dan tazkirah slps maghrib. Mereka juga mengajak junior yg berminat utk join game bola sepak pada ahad pagi. Di situlah saya kenal ramai antara mereka yg soleh, berakhlak mulia, penyantun, dynamik dan memiliki peribadi dakwah. Pada waktu itu juga ada group senior yg lain yg menyatakan mereka ini sbg sesat dan tidak bernama. Saya tak peduli semua itu. Ini bukan sekolah rendah nak senang2 buat cerita. Tindakan yg mereka ambil dgn menyampaikan tazkirah balas utk mematikan pergerakan dakwah senior2 yg saya kenal ini adalah amat provokatif dan tidak beradab. Tapi mengaku buat gerak kerja Islam di UTP. Habis semua yg selain mereka diserang dan legitimasi organisasi Islam utk sebuah tmpt yg bernama UTP hanyalah milik mutlak mereka. Saya lihat masih ada antara mereka yg wara’ tidak melakukan hal yg seperti itu. Alhamdulillah masih berlapang dada utk menghadapi perbezaan.

Persoalan membawa dakwah itu adalah urusan wajib bagi setiap mukmin. Seorang yg beriman sebenarnya seperti kata Allah dlm surah 49 ayat 15 yg bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.”

Seorang mukmin yg ikhlas kpd Rabbnya akan menyatakan penerimaan Islam, Allah dan Rasul sebagai asas kehidupannya dan kemudiannya berbuat sesuatu utk meletakkan kalimat Allah berada pada tempat tertinggi. Mereka tiada nama bukanlah suatu argumen konkrit utk menghentam mereka habis-habisan dan sehingga tahap menyesatkan mereka dan memfitnah mereka. Inikah akhlak seorang ahli organisasi Islam? Inilah ruh Khawarij yg masih menjadi saki baki bagi sebahagian orang Islam pada zaman ini. Khawarij total telah tiada, tetapi sbhgn organisasi Islam yg dikenali dan dihormati masih lagi mempunyai ahli yg suka mencetuskan masalah yg tidak diperlukan. Kalau kau hilang anak usrah, kau bukan hilang Scroll Degree. Kalau kau hilang anak usrah itu sebab faktor tsiqah/keyakinan junior2 terhadap anda. Hinggalah pada akhirnya berdasarkan pemerhatian saya pada tahun 2005-2006 di UTP, Tronoh saya dapat lihat dengan jelas junior2 dikalangan batch saya terus meninggalkan kedua-dua organisasi Islam di UTP. Inilah kesan mempunyai paradigma pemikiran Melayu. Tengok orang dapat something then tak puas hati terus belasah smp kedua-duanya hilang pengikut dakwah.

Biarkan saya menyusun ayat yg seterusnya. Tarbiah atau asuhan Islam yg baik utk generasi muda mengenal Islam, Allah dan Rasul adalah perkara asas yg perlu diselesaikan oleh mereka yg memiliki kesedaran Islam yg tinggi. Kumpulkanlah mereka untuk mengenal Islam dan mengamalkannya, janganlah berusaha utk mempolitikkan keperluan tarbiah kpd anak-anak muda. Isikan jiwa mereka dengan takrif dan definisi iman yg komprehensif dan menyeluruh. Uji mereka dengan latihan dan aktiviti pembinaan identiti Muslim. Ajarkan mereka solat seperti solat Rasululllah saw. Ajarkan mereka berinfaq masa mereka untuk Allah dan Rasul. Latih diri mereka utk mengeluarkan wang poket utk urusan dakwah. Ajaklah mereka berukhuwwah fillah sesama pelajar-pelajar lain. Berikan mereka kefahaman Islam yg jelas sebelum anda menentukan jemaah mana yg harus mereka ikut dan berintima’(berkomitmen). Cara sebuah kumpulan di UTP mengeluarkan fitnah yg mematikan semangat Islam generasi muda adalah melecehkan proses junior2 mengenal Islam dan dakwah. Mereka pada akhirnya akan memilih utk keluar dari polemik tersebut dan hasilnya kita akan dapati masa yg ada didisi dengan aktiviti bermain game, berdc++, lepak di mamak dan pelbagai lagi rutin migguan yg boleh diminimumkan penggunaan masanya. Inikah sikap orang Islam dlm menunaikan amanah dakwah?? Saya tak menyatakan anda bodoh tetapi beginikah cara pelajar yg bijak dlm akademik dan scorer SPM menguruskan satu masalah sehinggakan langsung tidak memikirkan jalan konsensus yg dapat memberikan keuntungan kpd Islam?? Inilah dogma politik yg muncul dlm kehidupan kita samada pelajar ataupun orang awam. Yang penting ego sendiri dan politik dapat ditegakkan dan persoalan generasi muda tersisih drpd pemahaman Islam menjadi persoalan ke 15 juta! Bagus sekali cara kita berfikir ya. Inilah indicator Malaysia boleh. Boleh dlm menjayakan agenda tidak penting dan boleh dlm menjadikan diri sendiri bodoh utk urusan tertentu.

Kita sepatutnya malu apabila Pope dari Vatican City telah mengeluarkan tawaran pengampunan kpd bangsa Yahudi terhadap isu pembunuhan Jesus Christ (mengikut versi akidah Kristian). Tapi kita tetap buat keputusan cara kampung walaupun broadband telah memasuki Malaysia utk tempoh 10 tahun. Inikah manusia harapan untuk menguruskan urusan Islam wal Muslimin? Sceptical and Stereotyping. Kalau anda lihat orang lain mampu membuatkan seorang anak muda yg pada awalnya tidak tahu solat Tahajud itu apa kepada berusaha untk bertahajud, bangun Subuh, dan menjaga bacaan al-Quran maka apakah masalah anda sebenarnya?? Adakah pendaftaran secara formal dengan Student Affair Department menjadi parameter total atau penentu mandatori drpd sumber al-Quran dan Sunnah Nabi saw ?

Pandangan Saya
Biarlah kita beri ruang kpd semua anak muda untuk menjalani latihan berdakwah mengikut pilihan dan cara masing2 selagi mana ianya syari’e. Tidak mengikut kumpulan anda sebagai premier organisation untuk aktiviti dakwah dan Islam bukanlah menafikan peranan anda. Tindakan anda membiarkan mereka berdakwah sebenarnya keputusan seorang gentleman dan cool. Saya salute kpd Rakan Masjid UTP sekiranya perkara ini benar2 berlaku. Jauhkan sentimen perbezaan organisasi sbg batu asas untuk menghukum orang yang berbeza dgn kita. Dunia ini luas wahai saudaraku. Biarkan tenaga generasi muda ini merancakkan dakwah di UTP. Anda bukan terlepas kunci syurga jika ada anak usrah yg mula membuat pilihan utk bersama organisasi yg lain. Berikan mereka hak tarbiah utk diri mereka dan jauhkan diri anda drpd menjadi manusia yg akan dibebani pelbagai soalan drpd Allah pada hari Kiamat. Bersama dlm mentarbiah umat dan bangsa ini menjadi umat pertengahan yg menguasai keadaan dan bukan dikuasai keadaan. Manifestasikan keadilan Islam dalam diri masing dgn penuh tawadhuk kpd Allah Azzawajal. Hanya kepada Dialah kita akan menyerahkan segala urusan kita.

Pertemuan Dengan Murabbi Tarbiah
Dia adalah seorang doktor perubatan lepasan Universitas Padjajaran, Bandung, Indonesia dan anak jati Batu Gajah. Kehidupannya simple walaupun memiliki klinik sendiri. Pergi bekerja menaiki motosikal Honda Ex-5 antara Tronoh dan Batu Gajah. Rumahnya tiada tv dan perabot hanya yg terlihat susunan buku-buku yg tersusun baik dlm rak buku. Hujung minggu akan bergerak keluar dari Tronoh meninggalkan anak isteri untuk memenuhi dan menunaikan urusan dakwah bersama pelajar2 sekolah, matrik ataupun universiti seawal selepas solat Jumaat. Kliniknya akan tutup Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan satu sebab yg mungkin dilihat sebagai janggal, pelik dan tidak patut iaitu DAKWAH dan TARBIAH. Saya ingin bertanya dalam dunia moden spt hari ini yg diwarnai oleh pengaruh mengejar kekayaan yg menggila, di era Economic Transformation Policy dan dunia yg mencabar siapa yg sanggup berkorban seperti itu? Hanya boleh dibilang dengan buah Tasbih. Betul bukan? Sesetengah orang yg ada konsultansi motivasi mengenakan bayaran profesional ribuan ringgit sejam. Objektif tetap sama Skor A SPM dan bagaimana menguruskan diri sendiri dan masa depan. Macam2 kata orang.

Mencari murabbi umat seperti dia amatlah sukar. Dia telah menggadaikan keupayaan duniawi yg beliau ada dengan akhirat. Memikul beban berat menjalankan amanah dakwah dan ilmiah di samping menjalani kehidupan berkeluarga spt manusia lain. Semoga Allah memuliakan dan membantunya setiap detik serta meletakkannya di kalangan orang yg soleh. Amin. Pertemuan saya dgn Murabbi Akh Dr Hizul ini bermula pada minggu kedua saya berada di UTP. Lebih kurang 50 orang junior UTP ketika itu ke Masjid Ar-Rahmaniah, Tronoh mendengar Ta’lim drpd Akh Dr Hizul selepas Isyak. Disitulah saya mula mengenal pengisian dakwah yg berkualiti. Sangkaan saya pada awalnya ialah beliau seorang ustaz, namun meleset pada akhirnya apabila beliau diperkenalkan dlm majlis oleh MC sebagai doktor. Tazkirahnya selama sejam lebih itu menyentuh persoalan keperluan generasi muda umat Islam mengenal al-Quran dan memahaminya. Kemudiannya turut menyentuh isu tsunami 2004 yg belum sempat sebulan berlalu. Saya ketika itu amat terpegun dengan gaya penyampaiannya dan dalil Quran dan Hadith yg terbit dari lisan seorang doktor perubatan.

Melangsungkan Pemahaman
Saya kemudiannya mengikuti program tarbiah drpd mereka sehinggalah saya grad. Banyak aktiviti ukhuwwah spt mendaki Gunung Batu Putih, bermusafir bersama ke Kelantan utk walimah akh Farid, berfutsal bersama dan sebagainya. Tarbiah yg saya lalui sememangnya cool dan menghasilkan impak pemikiran. Bahan2 dakwah seperti Wazhifatur Rasul, Ghazwah al-Fikri, Ta’liful Qulub dan lain2nya masih segar dlm fikiran saya. Budaya membaca saya berjaya tegakkan dlm keluarga saya dan akhirnya saya punya sedikit koleksi buku yg bukan hanya menyentuh tema Islam dan dakwah, tetapi juga buku2 sosial science, buku2 pengurusan dan majalah gadget. Dynamism yg dididik dlm tarbiah bersama kumpulan dakwah beliau sememangnya mampu menyuntik perubahan walaupun sedikit.

Sekarang
Aku hilang zaman itu. Zaman yg kita mampu mengeksplorasi dunia tarbiah dan dakwah dlm keadaan ramai anak2 muda sekeliling kita struggle utk menunaikan amanah dakwah dan pendidikan formal. Zaman kita saling tolong-menolong samada memerlukan academic material drpd senior ataupun berukhuwwah melalui futsal. Futsal sekarang kalau adapaun bukan futsal yg mempunyai ruh Islam dan dakwah. Benarlah kata Umar al-Khattab ra:
“Kami adalah kaum yg dimuliakan Allah dengan Islam”. Fitrah manusia ini sebenarnya akan lebih selesa dan puas utk hidup dgn Islam sbg asas kehidupannya. Memilih adalah urusan biasa, tetapi methodology asas dlm membuat pemilihan adalah utk utk melakukan identification process yg akan mematangkan decision skill masing2. Memilih course utk first degree shj menyebabkan kita akan googling terlebih dulu utk mendapatkan maklumat penting inikan pula urusan mencari asas sistem kehidupan. Itulah zaman yg telah berlalu. Sekarang ini masa utk memperincikan cita2 dakwah yg ingin ditunaikan melalui pembangunan media dan mendalami social science course. Apapun secara peribadi saya berdoa utk setiap pendakwah generasi muda khasnya terus menerus di atas jln fisabilillah yg anda lalui. Kepada akh dr Hizul, jasa dan pengorbanan anda yg mulia takkan saya lupakan. Semoga semua yg memahami akan terus menerus memenangkan agama ini sehinggalah masa yg dilalui menjadi saksi terbaik di hadapan Allah swt.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tazkirah May 2011

Allah Azzawajal berfirman dlm surah asy-Syura, ayat 20 yg bermaksud:
Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.

Dan dalam surah al-An’am ayat 32
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka

Imam Al-Bukhari pula meriwayatkan sebuah hadith:
‘Celakalah hamba dirham’

Inilah serba sedikit peringatan utk kita menempuh kehidupan dunia yg penuh liku-liku, helah dan fitnah ini. Senang di dunia ini bukanlah membawa erti kita dengan mudah mendapat kunci syurga. Kerana tidak ada pemaju perumahan yg menjual kunci syurga, malahan syaikat perumahan negara berhad pun tidak mampu menjualnya even real estate company sehebat Donald Trump.

Allah swt Maha Adil. Dia memberi pilihan kepada kita utk beriman kpd Allah dan Rasulnya ataupun berpaling drpd-Nya. Untuk berpaling drpd peringatan dan ayat Allah caranya sgt simple. Tetapi utk berpegang kpd Tali-Nya sangatlah mencabar dan teruji. Inilah isu yg disebut dlm al-Quran berulang kali seperti:

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu [cobaan] sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan [dengan bermacam-macam cobaan] sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (maksud 2:214)

Dijadikan indah pada [pandangan] manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak [2] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik [surga].
(maksud 3:14)

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan [saja] mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (2) Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (maksud 29:3)

Inilah pesanan Allah kpd hamba-Nya agar mereka kekal dlm petunjuk dan rahmat-Nya. Yakinlah saudara-saudari setiap apa yg kita miliki pasti akan ditanya utk apakah ianya dibelanjakan? Yakinlah bahawa percentage penggunaan harta milik kita ke fisabilillah juga akan ditanya.

Dunia hari ini dibentuk oleh penyembah-penyembah dunia yg diterajui oleh syaitan amerika. Mereka cuba membangunkan sistem kehidupan yg semudah mungkin bangsa Islam tidak mengenal dan memahami agamanya. Cukup dengan sembahyang raya sekali setahun dan kemudian ditayangkan pula ditv perkara bid’ah khurafat dan syirik. Inilah versi Islam yg akan memudahkan perencanaan mereka. Silaplah kalau kita menerima konsep seperti ini.

Mendekatkan diri kpd agama bukan bererti anda perlu menjadi penceramah terkenal. Bukan pula anda perlu menjadi manusia nerd dan skema. Bukan pula menjadikan anda wajib memakai ketayap atas kepala. Mendekatkan diri kpd Allah dlm erti kata sebenar ialah menyerahkan kehidupan ini hanya untuk-Nya. Tidak ada perkara yg standing dgnNya. Hanya Dialah yg menjadi tempat kita menyembah, tempat kita berdoa, tempat kita menundukkan seluruh ketaatan, tempat kita mengadu, tempat kita menangis dan merintih. Itulah Islam yg dikehendaki Allah. Islam itu fitrah bagi manusia bukanlah ianya satu sistem yg mustahil untuk menangani keperluan dan maslahat manusia. Inilah manifestasi doa iblis kpd Allah ketika Iblis berdoa kpd Allah spy diberi peluang utk menyesatkan seluruh anak Adam dari kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah.
Pandangan saya kepada kalian adalah carilah wasilah atau medium yg mampu memberikan makna yg jelas kpd apakah sebenarnya Islam itu dan peranan kehidupan beragama. Cubalah sekali dua larikan diri anda bersendirian dan memikirkan hakikat kehidupan ini. Adakah pengakhiran kehidupan ini seperti seorang manusia yg tertipu dgn perkara yg fana’ ataupun sementara. Segala asset yg dimiliki ini perlu digunakan utk memahami kenapa kita mengambil Islam sbg agama kita walaupun kosnya RM 10.50. kita ada youtube, ada chainbookstore, ada forum di tv dan ulama-ulama yg menanti umat ini untuk bersama mereka mendokong agama ini.

Muliakanlah diri sendiri dengan memulakan kesedaran agama ini hanyalah untuk-Nya. Dialah al-khalik yg mengetahui yg terbaik utk kita. Semoga Allah berkehendakkan hidayahNya kpd anda. Selamat berevolusi!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Membalas Budi di Waktu Kita Sudah Mampu Berdiri Sendiri

Salam..

This week i would like to share something about becoming a good men. as we are now increasingly stable, have we try to think back our previous root before we got our aimed job today? there must be something that is easily being remembered as the timeline that we just passed through is actually not far away from now.


secondary schoool

this place is a monumental and historic place where we gain everything. we excel in the exam, we got attention from our respective teacher, we make lot of friends, we were being hit by identity searching and also becoming mature. i’m not going to have detail story here, but as we are now have our own personal life, do we care about school anymore as we were so concern to get excellent result while we were studying there? do any idea and concern pass through our mind yet?

reality
yes, we say hi2 and bye2. this is the major group that are exist now. i dont like specify anyone, but possibly this guy is actually me or you or your friend. yet, at time we got no more needs to be gained by our school, they are just leaved behind ancient far away memory. yes, we even tend to think on our needs only without knowing that our school now have waited for us to comeback and helped them. these bad attitudes of selfishness and ignorance have become norms as no much benefit we can get from it.

middle class society
this is the expanding social class in this pasca-millenium era. as far as i know, regardless of what ever race or religion, this group determining the direction in any society. as we graduates, automatically we are middle class. it represents the civilized society with the characteristic of dynamism, flexibility, tolerance and progressiveness. indirectly our school become a big factor behind all this achievement. in malay i would to say that “kalau sudah berjaya dan selesa, pulangkan terima kasih anda kepada institusi sekolah anda dlm bentuk sumbangan sokongan moral, perkongsian, prihatin dan semangat berterima kasih.”
thank you.

** jgn tinggalkan sekolah kita seperti kain buruk, it is uncivilized

Posted in Uncategorized | Leave a comment

mrsm pdrm’s forever

Assalamualaikum Warahmatullah..

Dulu2 saya belajar di mrsm pdrm. Baru ni baru pergi minggu lps. Semuanya ok dan tenang. Macam dulu2. Tapi satu saja yg melemaskan iaitu berkaitan sebahagian pelajar yg dipilih menjadi pemimpin. Siapa yg pernah bljr di mrsm tahu akan adanya bwp. bwp ni sbnrnya alat saja, sbb itu klu betul2 syng mktab lps tinggal jwtn pun kita pasti akan masih menyumbang apa shj utk mktb. jadi bwp bkn utk dpt sijil. sijil bwp tu sbnrnya tak laku pun utk dptkan kerja.

nasihat saya utk mktb bagilah perhatian kpd pembangunan badan agama dan dakwah. jgnlah ambil pljr jadi biro agama semata-mata menang pemilihan pljr. stakat nk berkempen bagi menang bkn ssh pun. tp kita dpt tgk apabila amanah dipegang sejauh manakah tanggungjawab itu dipikul dgn baik. utk mencari candidate biro agama sbnrnya tak susah. perhatikan keupayaan pemikiran dan budaya kerja yg ada. tp sbnrnya sdh bertahun2 biro agama mktb ni sbhgiannya hanya mampu jadi pembaca doa wkt perhimpunan saja.bentuk pemikiran yg terlalu ketinggalan jauh di blkng mrsm atau sbp lain. ataukah orng mcm ini tak layak memegang amanah.

amanah

besarnya urusan memastikan hal berkait dgn life style, budaya, ibadah, menjadi penggerak utk menyebarkan dakwah adalah urusan kritikal utk satu sekolah atau mktab. sekolah yg berjaya dan hebat setakat ini dpt dilihat urusan dakwah di sekolah berjalan baik. tp klu biro agama pun hampas berpemikirankan mentaliti pak kadok, maka sudah pasti tiada perkembangan.

menggunakan dzan mengatakan seseorang itu wahabi dsb adalah method yg salah. saya dgr lagu hizbullah dan saya baca buku2 islamist modernist. kpd ust yg berkenaan berpikirlah sbg seorang ustaz dan muallim. jadikan diri anda lambang intelektualiti kpd pljr2 di mrsm pdrm. jgn jadikan agama ini dilihat sbg apa yg keluar drpd pendapat seorang ustaz, tp letaklah agama ini sepadan dan setingkat dgn apa yg ditetapkan oleh Allah swt.  ISlam itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi drpd ISlam. setakat dtng mengajar dan makan gaji dan merasakan diri plng hebat tak perlu nak justify org. saya bekas pelajar dan saya syng mktab saya spt saya syng diri sendiri. aktiviti saya dgn pljr2 di mktb pada 4-5 tahun lps adalah duit poket saya sendiri utk membolehkan dakwah sampai di mktb.  inilah jihad dgn jiwa dan harta. dan kpd biro agama tersebut lebih baik letak jwatan sbb anda hampas.

nostalgia

dulu saya pun pegang badar. saya pegang jwtn satu sj, saya tak tergilakan jwtn. akan tetapi saya addict buat kerja. ustz berkenaan dan biro agama berkenaan nlh tanya sapa saja yg pernah berada di mktb zaman saya ada. anda pergilah tanya staff sokongan dlm pejabat, pembantu makmal, guru2, makcik ds smplah pakcik up dan paklang di msjd. saya berhabisan buat apa yg patut sbg orng yg memegang amanah. pergilah tanya penasihat bwp. klu tak puas hati lagi pergilah ke mrsm2 yg ada guru pdrm disana. tak perlu buat sekatan2. i have no ineterest unless the interest of Allah dan Rasul. menuduh orng dgn perkataan yg berunsurkan fitnah bknlah kerja orng ust.

sekian.

mrsm pdrm perlukan dakwah dan tarbiah dan bagilah ruang kpd pljr2 disana

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Aku Menyaksikan-Mu RASUL

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (128) Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (129).

-Maksud (9:128-129)-


Insya-Allah pada hari Selasa ini 15th Feb 2011 bersamaan 12 RabiulAwal 1432Hijrah kita akan memperingati peristiwa kebangkitan Rasul yang terakhir iaitu Muhammad b Abdullah saw. Seperti biasa sebahagian drpd kita akan menyambutnya dgn perarakan di jalan raya dgn membawa sepanduk. Alhamdulillah semikro apapun iman pengikut Nabi Muhammad saw, mereka akan tetap mengingati Baginda saw atas jasa dan pengorbanan Baginda saw bersama para sahabah dan sahabiah berjuang dan berdakwah demi menyebarluaskan risalah agung ini.

Jika dilihat dari perspektif sirah para nabi dalam al-Quran, kita dapat melihat dgn jelas bahawa Kitabullah pernah diturunkan kpd umat terdahulu iaitu kpd generasi keturunan Israel as. Mungkin sbhgn kita tidak begitu jelas perihal Israel as. Beliau ialah Nabi Yaaqub as bapa kpd Nabi Yusuf as dan cucu kpd Abraham the Great iaitu Nabi Ibrahim as. Ibnu Abbas ra berkata perkataan Israel dlm bahasa Hebrew bermaksud  hamba-Allah . (Tafsir al-Qurtubi, Jilid 1, m/s 729, Pustaka Azzam, Jakarta). Kitabullah yg dimaksudkan iaitu Taurat yg diturunkan kpd Musa as adalah kitab Allah yg pertama diturunkan drpd langit. Ini bererti Allah mengangkat keturunan Israel as suatu ketika dulu utk berpegang kpd risalah-Nya. Sehinggakan pada masa kedatangan Nabi Muhammad saw, mereka yakni keturunan Israel mengerti dan mengetahui tentang profile Rasul akhir zaman sepertimana mereka mengenali anak mereka sendiri. Nabi dan Rasul yg wajib diimani oleh orng Islam sebahagian besarnya berketurunan Israel. Dan pada hari ini kita masih dpt melihat orang Yahudi mengimani akan kewujudan nabi-nabi mereka yg juga nabi bagi kaum Muslimin.

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (40)

-Maksud (2:40)-

Ibnu Kathir mengungkapkan perkataan ‘nikmat-Ku’ kepada peristiwa penyelamatan Allah kpd bani Israel drpd kezaliman Firaun di Mesir iaitu pertolongan-Nya sewaktu mereka bersama Musa as melarikan diri drpd bumi Mesir, terbelahnya laut Merah dan dimusnahkan Firaun dan bala tenteranya di laut Merah. (Ringkasan Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 1, m/s 118, Gema Insani, Jakarta, 1999)

Sayyid Qutb rahimahullah menghuraikan ayat ini dengan ungkapan berikut:

‘Pelajaran ini dimulai dengan mengumandangkan seruan yg tinggi kpd bani Israel. Diingatkan-Nya kpd mereka dgn nikmat-nikmat-Nya yg telah diberikan kpd mereka, diseru-Nya mereka utk menunaikan janji mereka kpd Allah agar Allah melaksanakan janji-Nya kpd mereka dan diseru-Nya mereka supaya bertaqwa dan takut kpd-Nya’. (Tafsir Fi Zhilalil Quran, Jilid 1, m/s 76, Gema Insani, Jakarta, 2000)

Pendapat Imam az-Zujaj mengenai “penuhilah janji kalian kpd-Ku” ialah yg telah Aku janjikan dlm Taurat iaitu akan mengikuti Muhammad saw manakala  “niscaya Aku penuhi janji-Ku kpdmu” ialah jaminan syurga sekiranya mereka memenuhi janji tersebut. Al-Qurtubi mengatakan perkataan ar-Rahbah yg bermaksud takut merupakan perintah Allah dlm ayat ini mengandungi unsur ancaman dari Allah kpd makhluk-Nya. (Tafsir al-Qurtubi, Jilid 1, m/s 731-732, Pustaka Azzam, Jakarta).

Begitulah peringatan Allah kpd generasi bani Israel yg mengajak mereka memuliakan diri mereka dgn beriman kpd-Nya sebagaimana generasi terdahulu drpd kalangan bani Israel beriman kpd Allah dan kitab-Nya. Ini memberi mesej kpd kita semua bahawa generasi manusia yg telah beriman telah muncul sejak zaman sblm kedatangan Nabi saw lagi. Walaupun kita sedia mengetahui bahawa isi kandungan Taurat hanyalah merujuk kpd bani Israel, tetapi perlu diingatkan semula di sini bhw semua itu adalah sunnatullah yg berjalan disebabkan rasul yg dibangkitkan itu drpd klgn bangsa mereka, maka ini adalah proses memudahkan penyampaian dakwah kpd audien dakwah rasul mereka. Tema utama akan sentiasa tetap berasaskan kpd keperluan setiap bangsa dan generasi utk  tunduk kpd perintah Allah yg disampaikan melalui rasul yg dibangkitkan kpd sebuah umat.Allah swt memberikan pengiktirafan dan kredit kpd sebahagian bani israel dlm surah (7:159) yg bermaksud:

” Dan di antara kaum Nabi Musa, ada satu golongan yang memberi petunjuk (kepada orang ramai) dengan perkara-perkara yang hak dan dengannya mereka menjalankan keadilan.”

Apakah yg membezakan Musa as dan Muhammad saw? Bezanya sekadar kitab yg dibawa dan penerima dakwah rasul tersebut. Tetapi mesejnya? Mesejnya akan tetap bila-bilapun berpaksi dan berobjektifkan kpd hakikat manusia perlu beriman kpd Allah, Kitab-Nya dan Rasul-Nya. ” Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. “(Maksud 2:285)


Mungkin kita tertanyakan kenapa kisah kaum Nabi Musa as banyak tercatat di dlm al-Quran. Ini dapat dijelaskan melalui beberapa keadaan:

1. Nabi Muhammad saw adalah seorang yg ummi. Ini bermakna Nabi saw tidak tahu membaca. Suasana masyarakat musyrikin Quraisy ketika Nabi saw dibangkitkan adalah jauh dan tandus drpd kisah para nabi. Ini berbeza dgn masyarakat Yahudi dan Nasrani dimana mereka sudah biasa dgn kisah para nabi spt yg terdapat dalam Taurat dan Injil. Musyrikin tidak mengenal apakah itu rasul dan konsepnya. Wahyu Allah yg turun kpd Baginda saw dapat memberikan pengetahuan dan motivasi kpd Baginda saw tentang perjalanan dakwah nabi dan rasul terdahulu. Dalam masa yg sama wahyu yg berkisar tentang perihal rasul di kalangan bani Israel mempersiapkan Nabi saw utk menghadapi soalan-soalan drpd golongan Ahli Kitab yg ingin menguji kerasulan Baginda saw.

2. Kisah spt perjalanan dakwah Musa as sendiri merupakan kisah dakwah yg agung dan penuh liku-liku. Allah mengajarkan Musa as menghadapi Firaun dgn berdakwah kpdnya menggunakan perkataan yg  baik.  ” Pergilah kamu berdua(Musa dan Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya. (43) Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut. (44)  -(Maksud 20:43-44)-”

Ini memberikan panduan dan tunjuk ajar kpd Rasulullah saw dan para sahabah tentang etika dalam berdakwah. Pendek kata semua kisah para nabi dan rasul dimuatkan dlm al-Quran sebagai panduan dan rujukan Rasulullah saw dan para sahabat menghadapi kehidupan dakwah. Justeru terfikirkah kita bahawa keperluan menggunakan perkataan yg baik utk menegur pemerintah ada dlm al-Quran dan menjadi sebahagian drpd sunnah cara berdakwah para rasul? Kekadang terlihat sstgh manusia cenderung utk menegur pemerintah dgn maki hamun tanpa menggunakan nasihat terlebih dahulu. “Agama itu adalah nasihat. Sahabat bertanya: untuk siapa? Beliau menjawab: Utk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan manusia pada umumnya”. [HR Muslim]. Akan tetapi ada juga manusia yg msh lagi berkecenderungan utk memaki hamun pemerintah. Adakah mereka ini lebih bijak drpd Rasulullah saw? Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Maksud 49:1).

Maka dengan jelas dpt disebutkan di sini kerangka sahsiah bagi kaum Muslimin perlu kembali kpd Kitab Allah. Jauhkanlah diri masing2 drpd keinginan memegang jawatan yg melampau sehingga kita menjustifikasikan tindakan memaki pemerintah adalah halal di sisi agama. Semangat yg berkobar menentang kesalahan dan kesilapan pemerintah tidak dapat mendahului perintah Allah dlm al-Quran. Sedangkan Firaun yang mengaku sbg tuhan dan zalim pun Allah memerintahkan Musa as dan Harun as berkata dgn perkataan yg lembut, mana mungkin administration error or political error menghalalkan kita menggunakan perkataan yg tidak beradab kpd pemerintah. Saya bukan ingin menyokong segala perbuatan dan tindak tanduk pemerintah, tetapi kalian boleh lihat bagaimana sejarah telah membuktikan perbuatan menentang pemerintah secara tidak beretika menyebabkan Khalifah Uthman b Affan ra dibunuh oleh pemberontak dan Khalifah Ali b Abi Talib karamallahuwajhah menjadi mangsa pembunuhan oleh glgn Khawarij. Islam bukan datang untuk mempromosikan budaya anarki dlm tamadun manusia sebaliknya membetulkan cara dan etika apabila berhadapan sesuatu masalah dan kemelut. Masalah siasah dlm kamus kehidupan orng Islam adalah maslahah utk keseluruhan orng Islam dlm suatu wilayah atau negara. Mengikut cara demokrasi liberal yg terlajak spt yg berlaku di sebahagian negara Barat sehingga boleh berlakunya political assasination spt yg berlaku kpd F. Kennedy dan Abraham Lincoln bukanlah cara kita, walaupun sebahagian besar memang sepatutnya dipelajari tentang demokrasi, suara rakyat dan kuasa rakyat drpd negara Barat.

KESIMPULAN

Tarbiah atau asuhan adalah keperluan mutaakhir yg telah terisi ketika bangkitnya seorang Rasul akhir zaman. Utamakanlah al-Quran dan Sunnah Nabi saw dalam menjalankan apa jua urusan. Redha Allah itu yg utama sbg memenuhi kalimat-kalimat perjanjian dalam setiap doa Iftitah di dalam solat kita. Sesungguhnya solatku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Inni akhafullah Rabbal Aalamin. Allah knows the best.



Posted in Uncategorized | Leave a comment

Perubahan Pemerintahan di Mesir

Salam.

Saya berharap rakyat Mesir dapat meneruskan penentangan terhadap Mr Mubarak setelah sekian lama rakyat Mesir dibelenggu kemiskinan dan kemunduran. Dalam masa yang sama dunia sedang memerhatikan negara lembah Nil ini yang menjadi laluan utama perdagangan dunia iaitu Terusan Suez. Amerikan dan Kesatuan Eropah nampaknya cemas jika pertukaran kerajaan yang berlaku memihak kepada Ikhwan Muslimin yang berpengaruh. Puak sekular juga tidak bersetuju dengan Mubarak. CNN melaporkan 25% daripada rakyat Mesir dalam pengangguran manakala kadar illerate society adalah 30%.

Menjadi masalah jika negara orang Islam menjadi negara yang ketinggalan dalam bidang pendidikan. 30 tahun adalah tempoh waktu yang terlalu lama untuk Mubarak. Untuk FDI, Mesir mencatatkan aliran modal masuk lebih kurang 49 billion USD dalam tempoh 2005-2010. Satu angka yang besar. Tetapi negara yang berukuran 80 juta penduduk ini terlalu bergantung kepada orang luar utk menggerakkan ekonomi mereka. Dalam negara, puak Coptic Kristian menguasai ekonomi di bandar-bandar besar spt Cairo dan Alexandria.

Dalam laporan CNN dan BBC juga dapat dilihat mereka berkesempatan menghentam gerakan Islam spt Ikhwan Muslimin dengan meletakkan Ikhwan sbg pencetus kpd demonstrasi yg berlaku lebih 11 hari ini. ElBaradie bekas Ketua IAEA juga keluar mempromosikan penentangan terhadap Mubarak. Dalam masa yang sama Sahibus Samahah Dr Yusuf alQardhawi mengeluarkan kenyataan menggesa Mubarak berundur. Hanya baru semalam White House mengeluarkan kenyataan meminta Mubarak meletak jawatan. Ini berikutan terjadi masalah baru iaitu kegansan antara puak penentang dan penyokong Mubarak. Rejim Mubarak juga melakukan kesilapan dengan memperlakukan wartawan termasuk wartawan Mesir spt merampas dan mengugut mereka. Ini termasuklah seorang wartawan NileTV yang akhirnya meletakkan jawatan ekoran tindakan tidak diplomatik yang dilakukan terhadap mereka. Liputan berita di Mesir akhirnya terpaksa dilakukan dalam keadaan sembunyi utk mengelakkan perkara yang tdk diingini berlaku.

Apapun saya menjangkakan pada hari Jumaat ini demonstrasi besar-besaran akan berlaku menjangkau jutaan rakyat Mesir yang mula panas dengan tindakan zalim rejim Mubarak. Dan ini memungkinkan Mubarak melepaskan jawatan dalam masa terdekat ini. Nantikan update seterusnya!

Posted in Uncategorized | Leave a comment